KUBANG PASU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh abang iparnya, akhir bulan lalu. Tertuduh, Mohd. Faizal Awang, 38, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri. Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Nasir Md. Nayan, 45, di kawasan bendang Kampung Pida 3, Tunjang, di sini kira-kira pukul 6.30 petang hingga 7 petang, 31 Oktober lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen…










