PETALING JAYA: Pasaran buruh Malaysia terus mempamerkan daya tahan pada suku ketiga 2025 (ST3 2025) dengan Kadar Penyertaan Tenaga Buruh (LFPR) meningkat kepada 70.9 peratus, manakala permintaan buruh mencecah 9.16 juta jawatan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pasaran buruh kekal kukuh dengan peningkatan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja dan penurunan jumlah penganggur. “Tenaga buruh berkembang sebanyak 489,900 orang kepada 17.49 juta berbanding 17 juta orang pada…










