Perak tetap bersyukur raih satu mata - Utusan Malaysia

Perak tetap bersyukur raih satu mata

PERLAWANAN di antara Perak dan Imigresen FC II berlangsung di atas padang yang becak disebabkan hujan di Kompleks Bola Sepak Perak Chepor di Ipoh kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak tetap bersyukur walaupun sekadar mengutip satu mata apabila seri 1-1 dengan Imigresen FC II dalam perlawanan Liga A1 Semi Pro di Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor di sini kelmarin.

Penolong Pengurus pasukan, Zainal Umar berkata, satu mata lebih baik daripada tiada mata langsung yang diraih.

“Kami bersyukur berjaya kutip mata daripada tiada langsung. Memang kami kecewa kerana matlamat asal ialah meraih mata penuh kerana ini perlawanan di tempat sendiri,” katanya.

Zainal mengakui faktor cuaca menjadi penghalang persembahan Perak apabila perlawanan berlangsung di atas padang yang becak disebabkan hujan.

“Perlawanan di atas padang seperti ini mungkin boleh menjadi milik sesiapa saja. Keadaan padang berair dan becak menjejas kelancaran perlawanan.

“Saya berharap rehat panjang yang diperoleh Perak akan memanfaatkan pemain untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, pasukan bimbingan Syamsol Saad mendahului seawal minit keempat melalui jaringan Akmal Hazim Ismail.

Begitupun, anak buah Azmin Azram Aziz bangkit dua minit sebelum tamat perlawanan dengan jaringan penyamaan.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN