ISKANDAR PUTERI: Penjawat awam negeri Johor menerima ‘durian runtuh’ apabila kerajaan negeri mengumumkan insentif khas dua bulan gaji menerusi Belanjawan Johor 2026. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, insentif khas itu melibatkan 17,454 kakitangan awam yang sedang berkhidmat dalam kerajaan negeri dan akan mula dikreditkan pada bulan Disember tahun ini. Menurutnya, bantuan khas itu turut melibatkan kakitangan awam Persekutuan yang menerima gaji di bawah tanggungan kerajaan negeri. “Bagi…










