SEJAUH mana parti dan calon mampu memperjuangkan isu hak Sabah terus menjadi salah satu persoalan terbesar dalam landskap politik negeri. Pengundi Sabah khususnya di kawasan bandar menilai isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukan sekadar slogan politik tetapi tuntutan sebenar terhadap hak yang digariskan. Dalam masa sama, pengundi Sabah mahu pemimpin yang mampu berhujah secara intelektual dan berani dalam proses rundingan memandangkan MA63 bukan isu kosmetik, sebaliknya ia isu hak, kedudukan…










