KUALA LUMPUR: Pembangunan industri nadir bumi (REE) dan tenaga nuklear merupakan antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman rasmi Parlimen, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengemukakan soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengenai cabaran-cabaran dihadapi bagi membangun dan memajukan industri REE negara dalam sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. Beliau turut meminta penjelasan berhubung perancangan dan pendekatan kerajaan…










