Pejuang nafi bertanding PRN Sabah

Pejuang nafi bertanding PRN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak pernah memberi mandat kepada sesiapa untuk bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketua Penerangannya, Rafique Rashid berkata, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak pernah mengeluarkan watikah pencalonan pada mana-mana individu bertanding atas nama, logo dan tiket parti.

Katanya, Pejuang menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperbetul keadaan kerana seorang calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kapayan diumum sebagai wakil Pejuang bersama logo. 

“Wakil Pejuang Sabah telah diarahkan membuat laporan polis segera kerana penggunaan salah dan penipuan terhadap logo Pejuang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, semakan di laman SPR mendapati terdapat satu calon Pejuang yang bertanding di DUN Kepayan.

Menurut Rafique, Pejuang telah bersetuju untuk menyokong dan membantu kempen 41 calon Perikatan Nasional (PN).

“Presiden dijadual berada di Sabah mulai 21-23 November ini bersama dengan wakil-wakil Pejuang dari Semenanjung serta Sabah bagi tujuan membantu calon-calon PN mencapai kemenangan di Sabah,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN