KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menerima wang berjumlah RM50,000 daripada seorang individu berhubung kerja rasminya awal tahun lalu. Pengarah Eksekutif (Pengurusan) DBKL, Mohamad Hamim @ Mohamed Kamarudin, 54, didakwa telah menerima untuk dirinya sendiri wang tunai RM50,000 tanpa sebarang balasan daripada seorang individu yang mempunyai hubungan kerja rasmi tertuduh di DBKL. Perbuatan itu…









