KUALA LUMPUR : Pengukuhan integriti, tatakelola dan pembanterasan rasuah dalam kalangan anggota polis diberikan tumpuan menerusi Pelan Strategi Pembanterasan Rasuah Polis Diraja Malaysia (OACS) yang sedang giat dibangunkan. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, inisiatif berpandukan kepada Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) itu merupakan indikator terbaik bagi mengekang dan menjauhkan sebarang bentuk salah laku serta pelanggaran etika perkhidmatan dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau berkata,…










