KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, mengkritik kelewatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan terhadap akaun media sosial yang menyebarkan maklumat palsu, termasuk kandungan yang memfitnah ahli politik. Menurutnya, akaun TikTok milik sebuah portal media telah menyebarkan video fitnah terhadap seorang ahli Parlimen pada Mac 2025. Laporan polis telah dibuat, namun sehingga kini tiada tindakan konkrit diambil terhadap akaun tersebut. “Apabila maklumat palsu terus tersebar…










