KUALA LUMPUR: Tiga akta utama akan dipinda tahun hadapan bagi membolehkan pelaksanaan sistem kutipan tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) dilaksanakan sepenuhnya. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, ia melibatkan Akta Jalan Persekutuan, Akta Pengangkutan Jalan dan Akta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM). Katanya, pindaan tersebut diperlukan bagi menyediakan asas perundangan yang jelas untuk pelaksanaan sistem tol tanpa palang serta memastikan aspek penguatkuasaan dapat dijalankan dengan…










