KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat Jawatankuasa Kementerian Kerja Raya (KKR). Seramai 23 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian dalam perbahasan sebelum mendapat lebih banyak suara bersetuju. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, pihaknya menerima peruntukan berjumlah RM9.607 bilion untuk 357 projek tahun hadapan, meningkat berbanding RM9.327 bilion pada tahun sebelumnya. Katanya, jumlah keseluruhan projek membabitkan…








