KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menafikan dakwaan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mengambil sehingga 95 peratus hasil petroleum dari Sabah dan Sarawak. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, keuntungan sebenar PETRONAS adalah jauh lebih rendah daripada 10 peratus selepas mengambil kira kos operasi, modal penerokaan dan modal pengeluaran minyak serta cukai jualan yang perlu ditanggung syarikat tersebut. Katanya, industri petroleum dibangunkan menerusi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) antara PETRONAS…










