PARLIMEN: Kerajaan giat atasi banjir, bekalan air di Beaufort

PARLIMEN: Kerajaan giat atasi banjir, bekalan air di Beaufort

AKMAL NASRULLAH MOHD. NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan meneruskan pelaksanaan beberapa projek di Beaufort, Sabah di bawah Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Padas bagi mengatasi isu bekalan air bersih dan banjir di kawasan itu.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, antara projek utama termasuk menaik taraf muka sauk Loji Rawatan Air Beaufort 2 bernilai RM29.93 juta serta penggantian generator di Loji Beaufort 1 dianggarkan menelan kos RM2 juta.

Katanya, Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Padas yang bermula pada November tahun lalu kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 51.4 peratus dan dijangka memberi perlindungan kepada lebih 2,000 penduduk serta kawasan seluas 1,000 hektar.

“IRBM Sungai Padas menjadi mekanisme penting dalam mengurus lembangan sungai secara holistik termasuk isu bekalan air bersih, kualiti air, risiko banjir dan pemeliharaan alam sekitar.

“Bagi aspek air bersih, beberapa projek telah diperuntukan oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan pinjaman dan langsung yang sedang dilaksanakan di Beaufort dan kawasan sekitar,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Siti Aminah Aching (BN-Beaufort) mengenai pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) Sungai Padas 2018.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN