KUALA LUMPUR: Kekurangan petugas kesihatan yang masih berlaku di negara ini berpunca daripada kekangan pengambilan baharu susulan jumlah graduan dalam bidang kritikal tidak mencukupi bagi menampung keperluan semasa. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) berdepan kesukaran melaksanakan urusan pengambilan baharu berikutan kekurangan keluaran graduan dalam bidang tertentu seperti kejururawatan dan perubatan yang amat diperlukan di fasiliti kesihatan seluruh negara. “Kekurangan petugas kesihatan juga berlaku berikutan…










