KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya mengurangkan kadar defisit fiskal negara kepada 4.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini berbanding lima peratus pada 2023, hasil pelaksanaan pelan konsolidasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, prestasi itu lebih baik daripada sasaran awal 4.3 peratus dan dijangka terus menurun kepada 3.8 peratus pada 2025 serta 3.5 peratus pada 2026. Menurutnya, langkah itu membuktikan keupayaan…










