KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan sedang berusaha mencari cara untuk memperluas subsidi berupa baucar FLYSiswa bernilai RM400 kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu berdepan kekangan kewangan kerana melibatkan jumlah besar pelajar IPTS. “Sama ada hendak diperluaskan kepada pelajar di peringkat IPTS, jumlahnya sangat besar. Bukannya kita tidak mahu tetapi kita ada kekangan dari segi kewangan. “Satu orang RM400, jumlahnya bukan kecil. Jadi…










