KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini dijangka menumpukan perhatian kepada kemajuan pelaksanaan Program Penyasar Subsidi RON95 (BUDI95) serta pencapaian Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) meminta Perdana Menteri menjelaskan kemajuan bulan pertama pelaksanaan BUDI95. Antara isu berkaitan yang berbangkit termasuk usaha kerajaan menangani kelayakan penggunaan melibatkan pemandu teksi lapangan terbang, pemandu e-hailing dan pengguna bot sungai. Sementara itu,…

								
											








