TEMERLOH: Rumah Teres Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang akan dibina bermula tahun depan sebagai langkah memastikan lebih ramai rakyat berpeluang memiliki kediaman sendiri pada harga mampu milik. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelaksanaan fasa baharu itu melibatkan penyusunan semula reka bentuk dan keluasan tanah rumah teres PR1MA Pahang, selari dengan keadaan semasa tanah yang semakin terhad dan permintaan meningkat. Kata beliau, sebelum ini sebahagian rumah PR1MA…










