Padah belasah beruk, dua lelaki dicekup polis

Padah belasah beruk, dua lelaki dicekup polis

beruk
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Dua lelaki dicekup selepas dipercayai melakukan penganiayaan terhadap haiwan dengan membelasah seekor beruk di Kampung Jembal, di sini baru-baru ini sehingga kejadian itu tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penularan rakaman video memaparkan seorang lelaki memukul seekor beruk yang tular dalam media sosial kira-kira pukul 1.29 tengah hari semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati rakaman tersebut dirakam oleh rakan pengadu sebelum dimuat naik ke media sosial.

“Rakaman itu mencetuskan reaksi negatif dan kecaman netizen. Semakan juga mendapati rakannya tidak memiliki sebarang lesen atau permit sah daripada pihak berkuasa veterinar untuk menjaga atau melatih haiwan berkenaan.

“Justeru, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok  menahan dua lelaki bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi  hari ini.

Mohamad Ismail berkata, kedua-dua lelaki itu direman empat hari hingga Selasa depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melakukan penganiayaan terhadap haiwan.

Katanya, kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyebaran kandungan jelik dan ugutan melalui media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN