Ops Payung bantu pindahkan calon SPM 'terkepung' banjir-KPM - Utusan Malaysia

Ops Payung bantu pindahkan calon SPM ‘terkepung’ banjir-KPM

FADHLINA Sidek (kiri) menyantuni bayi yang berlindung di PPS SK Tapang, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggerakan Ops Payung bagi memindahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang rumah mereka ‘terkepung’ banjir menduduki peperiksaan awam itu dengan selamat dan jayanya.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, KPM sudah menjalinkan kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihak berkaitan bagi memastikan tugas memindahkan calon-calon SPM itu lancar.

Katanya, kerjasama itu turut bertujuan memastikan tahap keselamatan calon SPM berada dalam keadaan baik.

“Semua perkara ini berada dalam pemantauan pihak kami. Bagaimanapun, ada sebahagian besar pelajar yang terlibat dengan banjir telah ditempatkan di asrama.

“Namun demikian, kita (KPM) juga bersedia memindahkan untuk memindahkan pelajar dengan aset-aset pihak terlibat khususnya mereka yang terkepung dan terhalang akibat dari rumah ke pusat peperiksaan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau sekolah yang dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina memberitahu, hasil tinjauan yang dilakukan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan hari ini mendapati semua persediaan berjalan lancar.

Katanya, beliau juga sempat melihat proses pemindahan pelajar dibawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang terkesan dengan banjir.

“KPM turut memantau ketat perkembangan kesemua calon-calon SPM. Jadi saya berharap pengalaman yang dimiliki oleh JPN Kelantan itu mampu menjadikan perjalanan SPM lancar

“Persiapan nampak kemas dan juga kita berdoa khususnya urusan calon SPM dipermudahkan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN