Nama calon tarik diri PRN kekal

Nama calon tarik diri PRN kekal

KHAIRUL SHAHRIL IDRUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Nama calon yang menarik diri daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah terus kekal dalam kertas undi kerana dilakukan selepas hari penamaan selesai.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, walaupun menarik, nama calon masih kekal dalam kertas undi pilihan raya.

“Nama beliau kekal dlm kertas undi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan menarik diri bertanding PRN Sabah.

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, keputusan itu adalah urusan peribadi beliau tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak luar.

Katanya, PKR menghormati keputusan tersebut yang dibuat secara bertanggungjawab selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan.

Katanya, ia termasuk menjaga hubungan baik dan keharmonian antara parti-parti komponen dalam PH serta rakan kerjasama politik di Sabah.

“Semangat setiakawan dan keutuhan kerjasama politik sentiasa menjadi keutamaan kami dalam memastikan kestabilan politik Sabah terus terpelihara, katanya dalam kenyataan.

DUN Silam menyaksikan pertembungan antara sembilan calon termasuk dua parti kerajaan Perpaduan, Barisan Nasional (BN) dan Gagasan Rakyat Sabah (GRS).

Antara juga bertanding Parti Warisan yang meletakkan Datuk Mohammad Yusof Apdal dan Perikatan Nasional (PN).

Mustapha berkata, Abdul Halim walaupun tidak bertanding telah menyatakan komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat Silam dan Lahad Datu dalam apa jua kapasiti yang mampu beliau sumbangkan.

“PKR Sabah menghargai semangat perjuangan beliau yang tidak pernah pudar demi rakyat dan Sabah.

“Kami menyeru seluruh jentera dan penyokong PH di Silam khususnya dan Lahad Datu amnya agar kekal tenang, terus fokus, dan terus memperkukuh perpaduan demi kemenangan gabungan kita dan masa depan rakyat Sabah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN