PETALING JAYA: Malaysia bakal menerima pelaburan bernilai RM600 juta menerusi projek usahasama antara JS Link Inc. dari Korea dan Lynas Rare Earths Ltd., sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai hab utama dalam rantaian bekalan mineral unsur nadir bumi (REE) global. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, projek strategik itu akan menyaksikan pembinaan loji pembuatan magnet nadir bumi di Malaysia yang dijangka menjadi pemangkin kepada…










