KUALA TERENGGANU: Walaupun Malaysia mempunyai sumber nadir bumi (REE) yang banyak, tetapi usaha melombongnya berhadapan dengan laluan sukar sebab sebahagian besar bahan galian itu berada di kawasan hutan simpan kekal (HSK). Jika kerajaan mengambil keputusan untuk memanfaatkan sumber galian itu, maka hutan simpan terbabit perlu dinyahsenaraikan terlebih dahulu, sekurang-kurang untuk tempoh sementara bagi membuka jalan kepada kerja-kerja melombong. Namun, jika keputusan diambil untuk mengekalkan hutan simpan sebagai khazanah berharga, negara…










