PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah untuk mengeluarkan amaran rasmi kepada Pasukan Pemantau Mesra Muslim (Muslim-Friendly Watch-MFW) supaya menarik balik segala bentuk promosi dan pengiktirafan Muslim Choice yang boleh mengelirukan pengguna Islam di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, arahan itu dibuat susulan kebimbangan penjenamaan tersebut boleh disalah tafsir sebagai pengiktirafan rasmi atau mempunyai kaitan dengan pensijilan halal…








