MELAKA: Kerajaan negeri mensasarkan kehadiran seramai 19 juta pelancong dan jangkaan pendapatan mencecah RM20 bilion sempena Tahun Melawat Melaka 2.0 (TMM2.0) tahun depan. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, sasaran tersebut mampu dicapai apabila sebanyak 225 acara pelancongan bakal mengisi Kalendar Acara Pelancongan sempena TMM2.0. Menurutnya, pelbagai inisiatif baharu akan diperkenalkan sempena TMM 2.0 yang akan diumumkan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Bajet 2026 Negeri Melaka pada 5…










