MELAKA: Juara bertahan, Kuala Lumpur mengesahkan tempat ke suku akhir selepas mudah menewaskan KPT-MASUM 2-0 pada saingan pusingan kedua Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali Edisi Ke-4 di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit di sini malam tadi. Gandingan Muhammad Zarif Merican Ibrahim (tekong), Sutthikiart Pansankaew (apit kanan) dan Mohammad Kamarul Ezzad (apit kiri) meraih kemenangan selesa 15-12 dan 15-5 dalam tempoh 45 minit. Kedah pula…









