PSM tetap pendirian tolak kiraan sistem 15 mata

PSM tetap pendirian tolak kiraan sistem 15 mata

MULAI tahun depan permainan sepak takraw akan menggunakan sistem 15 mata. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tetap dengan pendirian menolak kiraan sistem 15 mata dan mahu servis satu persatu digunapakai, bukan tiga servis dalam sistem kiraan 21 mata sekarang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Datuk Mohd. Sumali Reduan berkata, PSM telah memberi cadangan kepada Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) untuk mengekalkan kiraan 21 mata dan gilirkan servis tekong setiap regu kepada sekali sahaja.

“Pihak kami sudah membuat demo mengikut kiraan 15 mata dan servis tiga kali berturut-turut dan ia tidak sesuai.

“Ini kerana pengurangan mata kepada 15 dan tiga kali servis berturut-turut akan mempercepatkan permainan dan ia tidak akan memberikan saingan,” katanya.

Terdahulu, Pada 22 November lalu, PSM telah mengutus surat kepada Istaf berhubung saranan servis satu persatu serta bergilir-gilir dan mahu mengekalkan sistem kiraan 21 mata sekarang.

PSM juga mengirim video perlawanan demonstrasi kedua-dua versi servis tersebut ketika Kejohanan Piala Tun Ali baru-baru ini antara Selangor dan Terengganu dan Angkatan Tentera lawan Phitsanulok-Thailand.

Pindaan daripada sistem kiraan 21 kepada 15 mata itu telah diputuskan oleh Majlis Istaf dalam mesyuarat di Korat, Thailand pada 15 Julai lalu sempena Kejohanan Dunia Piala Raja Thailand Ke-36.

Dalam masa yang sama, Mohd. Sumali menafikan bahawa PSM telah bersetuju untuk menggunakan servis satu persatu dalam 15 mata.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya