KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya mendapatkan penghakiman ingkar terhadap pentadbir ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’ berhubung penyebaran dan penerbitan 33 artikel yang memudaratkan orang awam. Penghakiman ingkar ialah keputusan mahkamah yang diberikan secara automatik terhadap pemohon apabila satu pihak lagi gagal mengambil langkah sewajarnya dalam prosiding tanpa perlu melalui perbicaraan penuh. Peguam Wong Guo Jin yang mewakili MCMC ketika ditemui memberitahu, Hakim Mahazan Mat Taib membenarkan…










