MCMC perlu halang syarikat telekomunikasi caj pengguna atas alasan lindung scam

MCMC perlu halang syarikat telekomunikasi caj pengguna atas alasan lindung scam

MCMC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta menggunakan kuasanya bagi menghalang syarikat telekomunikasi (telco) daripada mengenakan sebarang caj kepada pengguna atas alasan untuk perkhidmatan perlindungan scam.

Presiden Pertubuhan Jasanusa, Smasudin Awang berkata, ini berikutan laporan media yang mendedahkan ada telco yang menjual ciri keselamatan sebagai pakej tambahan berbayar.

Berdasarkan maklumat di laman web, CelcomDigi mengenakan caj (RM10/sebulan) dan Maxis (RM5.90/sebulan) bagi perkhidmatan perlindungan scam.

Oleh itu katanya, Jasanusa menegaskan bahawa langkah mengenakan caj untuk perlindungan asas adalah tidak bertanggungjawab dan seolah-olah mengambil kesempatan di atas kesusahan rakyat.

Rakyat sudah membayar bil telco setiap bulan. Oleh itu, peranan menyekat panggilan penipuan dan melindungi pengguna daripada scam sepatutnya menjadi tanggungjawab teras dan kewajipan moral setiap syarikat telco dan bukannya produk sampingan yang boleh dijual.

Ketika ini, wabak penipuan siber sudah menjadi isu keselamatan negara kerana telah mengakibatkan kerugian berbillion ringgit membabitkan ramai mangsa.

:Apabila telco mengkomersialkan perlindungan scam, ia boleh diumpamakan seperti memberhentikan perkhidmatan bomba dan meminta bayaran untuk memadamkan rumah yang sedang terbakar sedangkan kerja itu adalah tanggungjawab mereka.

“Jasanusa menggesa MCMC untuk mengeluarkan arahan khas dengan segera untuk melarang sebarang caj tambahan bagi perkhidmatan perlindungan scam asas oleh telco.

“Tindakan MCMC untuk menyiasat perkara ini, seperti yang diarahkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, dipandang sebagai langkah positif. Namun, pertubuhan ini berpandangan bahawa
siasatan sahaja tidak memadai.

“Dalam isu ini, pengguna memerlukan tindakan segera, tegas dan perlindungan nyata, bukan sekadar penjelasan semata-mata. MCMC mempunyai kuasa untuk bertindak. Justeru, mereka harus berbuat demikian untuk melindungi rakyat Malaysia,” kata Samsudin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN