MBSJ anjur Konvensyen Pembangunan Strata Malaysia 2025

MBSJ anjur Konvensyen Pembangunan Strata Malaysia 2025

MBSJ
Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah menganjurkan Konvensyen Pembangunan Strata Malaysia 2025 bertemakan “Memperkasa Pembangunan Strata, Ke Arah Komuniti Lestari”
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah menganjurkan Konvensyen  Pembangunan Strata Malaysia 2025 bertemakan ‘Memperkasa Pembangunan Strata,  Ke Arah Komuniti Lestari’ menerusi program profesional selama dua hari yang dikenali  sebagai ‘Strata Technique Approach Towards Resilient (MySTAR)’.

Program ini  disempurnakan oleh Exco Perumahan dan  Kebudayan Selangor, Datuk Borhan Aman Shah, bersama Datuk Bandar MBSJ, Datuk Amirul Azizan Abd. Rahim,  bertempat di Sime Darby Convention Centre (Bukit Kiara).

Konvensyen ini menghimpunkan seramai 150 peserta yang terdiri daripada pelbagai  pemegang taruh dalam bidang pengurusan strata termasuk pihak pemaju, pengurus  harta berdaftar serta pegawai-pegawai daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  seluruh negeri.

Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ketiga tertinggi di Malaysia dalam  pembangunan berstrata, MBSJ terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh  kecekapan dan tadbir urus komuniti berstrata yang semakin berkembang, selaras  dengan peningkatan permohonan Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan  (PB) dari semasa ke semasa.

Selaras dengan hala tuju pembangunan masa kini yang menekankan konsep Transit Oriented Development (TOD) dan Environmental, Social and Governance (ESG) ke  arah pembangunan yang mampan, penganjuran konvensyen ini bertujuan memberi  pendedahan, kefahaman serta memperkukuh kolaborasi antara semua pihak  berkepentingan dalam melaksanakan Sustainable Development Goals (SDGs) di  peringkat tempatan.

Konvensyen ini turut berfungsi sebagai platform nasional untuk perkongsian ilmu,  pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan bangunan berstrata, di samping  memperkukuh hala tuju pembangunan komuniti bandar yang lestari, inklusif dan berdaya  tahan.

Objektif utama Konvensyen in ialah memberi pendedahan berkaitan isu perundangan serta tindakan terhadap JMB,  MC, pemaju dan ejen pengurusan.

Selain itu juga menyediakan ruang interaksi bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan  Tempatan (KPKT) mengenai hala tuju pembangunan strata di Malaysia. 3. Menjadi wadah pertukaran pandangan antara pemaju, arkitek, jurukur dan  pengamal pengurusan strata di samping meningkatkan kesedaran mengenai pelaksanaan ESG dan TOD dalam  perancangan pembangunan berstrata yang lestari.

Penganjuran Konvensyen ini mencerminkan komitmen berterusan MBSJ dalam  memperkukuh tadbir urus dan kecekapan pengurusan bangunan berstrata, di samping  mempertingkat kualiti kehidupan komuniti bandar secara menyeluruh dan berdaya tahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN