Mayat anak kapal hilang akhirnya dijumpai terapung

Mayat anak kapal hilang akhirnya dijumpai terapung

MAYAT anak kapal warga Indonesia yang dilaporkan hilang sejak kelmarin akhirnya dijumpai dalam keadaan terapung berhampiran kawasan pantai di Pulau Keramat, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Mayat anak kapal warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang atau Penang Port semalam akhirnya dijumpai petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis berkata, jasad Abdul Khodir, 46, ditemukan dalam keadaan terapung berhampiran kawasan pantai di Pulau Keramat oleh nelayan yang berada di situ.

Katanya, ketika dijumpai kira-kira pukul 4.45 petang itu, mayat tersebut dilaporkan tidak mempunyai identiti sebelum ia disahkan sebagai Abdul Khodir.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke pesisiran pantai untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 7.40 malam tadi,” katanya.

Abdul Khodir sebelum itu dilaporkan hilang dipercayai akibat terjatuh ke dalam laut antara pukul 10 malam kelmarin hingga pukul 2 pagi semalam sebelum kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan bermula petang semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN