SHAH ALAM: Mardhiyyah Hotel & Suites Sdn. Bhd., kini muncul antara peneraju utama industri perhotelan di Shah Alam dengan kadar penghunian stabil mencecah 70 peratus dan reputasi kukuh dalam segmen perniagaan serta pelancongan domestik selepas melalui tempoh mencabar sepanjang pandemik Covid-19. Pengurus Besar Mardhiyyah Hotel & Suites, Bahrun Ismara Nor berkata, projek transformasi hotel yang bermula pada 2020, ketika sektor pelancongan terjejas teruk akibat pandemik. Ujarnya, ia melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian…










