KUALA LUMPUR: Malaysia antara pasaran berpotensi tinggi di ASEAN dalam sektor inovasi, teknologi dan fintech, menurut Dewan Perniagaan Dubai (Dubai Chambers) yang kini giat memperluas rangkaian pelaburan dan kerjasama perdagangan di rantau ini. Naib Presiden Eksekutif, Hal Ehwal Antarabangsa, Dubai Chambers, Salem Al Shamsi berkata, Malaysia bukan sahaja dikenali sebagai hab pembuatan dan industri, tetapi mempunyai kekuatan tersendiri dalam sektor bernilai tinggi seperti teknologi dan kewangan Islam. “Malaysia sememangnya sebuah…










