Malaysia pamer semangat juang, atasi Kanada 3-2 - Utusan Malaysia

Malaysia pamer semangat juang, atasi Kanada 3-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemain negara mempamer semangat juang kental untuk menumpaskan Kanada 3-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke-31 2025 di Stadium Sultan Azlan Shah di sini.

Kemenangan itu meletakkan anak buah Sarjit Singh pada atas landasan terbaik untuk bersaing memburu gelaran selepas mengutip empat mata.

Begitupun, kemenangan tidak mudah buat The Speedy Tigers kerana Kanada yang menduduki ranking ke-20 dunia juga mempunyai idea sendiri.

Pada aksi di sini hari ini, Malaysia bermula cemerlang untuk mendahului seawal minit kelima melalui jaringan Akhimullah Anuar.

Begitupun, Kanada memadam kelebihan itu lapan minit kemudian melalui jaringan padang Sean Davis.

Empat minit kemudian, Kanada mendahului melalui jaringan ketua pasukan, Mathew Sarmento.

Malaysia bangkit daripada ketinggalan dan berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Azrai Abu Kamal pada minit ke-20.

Faizal Saari memastikan mata penuh buat Malaysia apabila menyumbat gol kemenangan pada minit ke-25.

Perlawanan kedua-dua pasukan itu sepatutnya dilangsungkan pada 8 malam.

Bagaimanapun, hujan sejak pukul 6 petang menyebabkan perlawanan ditangguhkan dan hanya bermula pada pukul 10 malam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN