PETALING JAYA: Malaysia menggesa semua pihak yang bertelagah di Sudan menghentikan serta-merta segala bentuk keganasan dan memastikan perlindungan penuh terhadap orang awam selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan kini adalah menghentikan pertumpahan darah dan memastikan keselamatan rakyat yang tidak bersalah di El Fasher serta seluruh wilayah Darfur. “Malaysia menyeru agar semua bentuk keganasan dihentikan serta-merta dan perlindungan terhadap orang awam diberikan sepenuhnya mengikut…









