Lelaki maut ditembak ketika sedang makan di Sendayan

Lelaki maut ditembak ketika sedang makan di Sendayan

china
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Malang tidak berbau buat seorang lelaki yang sedang menjamu selera di sebuah restoran apabila mangsa maut ditembak dalam kejadian di Nusari Biz Sendayan di sini, malam tadi.

Ketika kejadian, mangsa dilihat berlari ke seberang jalan dan orang awam turut mendengar bunyi tembakan sebelum lelaki itu rebah.

Difahamkan, mangsa yang sedang makan telah didatangi beberapa individu yang menaiki dua kenderaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 11.23 malam.

“Anggota polis yang bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban telah terima penggilan MERS 999 daripada sorang lelaki memaklumkan satu kes bunuh telah berlaku di sebuah restoran di Sendayan. Kes masih dalam siasatan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan,” katanya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dijangka akan memberi kenyataan berhubungan kejadian itu dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN