KUALA LUMPUR: Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE2) sepanjang 6.4 kilometer yang menghubungkan Plaza Tol Pantai Dalam ke Jalan Istana dijangka menjadi penyelesaian strategik bagi meredakan kesesakan di ibu negara. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, NPE2 dijangka mengalihkan kira-kira 200,000 buah kenderaan atau 40 peratus aliran trafik dari Jalan Bangsar ke pusat bandar. Menurutnya, projek itu akan menjimatkan masa perjalanan sehingga 25 minit bagi pengguna dari…










