KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan agar tidak melaporkan kesalahan khalwat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), empat tahun lalu. Tertuduh, Che Mohamad Aswanee Che Ali membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Mengikut pertuduhan, Che Mohamad Aswanee, 35, didakwa menerima rasuah RM500 melalui pindahan wang daripada seorang lelaki…










