PEMBANTAIAN besar-besaran oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran bukan sangat kerana mereka kuat, berkuasa dan memiliki senjata canggih lagi terkini. Keangkuhan dan keberanian mereka sebahagian disumbangkan oleh jiran-jiran sesama Islam yang mahu melihat Iran dihancurkan.
Bagi Israel, serangan itu ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, kerana mereka sudah lama menghasut AS untuk membantai Iran, kerana ia adalah satu-satu negara Islam di rantau Arab yang lantang mempertahankan Masjid Al-Aqsa.
Dengan ‘bantuan’ daripada jiran-jiran sesama Islam, yang menempatkan pangkalan-pangkalan AS, mereka membantu memudahkan kerja-kerja jahat AS dan Israel.
Ada negara Islam yang berani bersuara membantah serangan itu? Semuanya adalah sekutu AS dan Israel.
Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dunia Islam kini sangat lemah. Hingga untuk mengucapkan takziah atas kematian pemimpin utama Iran, Ayatollah Ali Khamenie pun tidak berani. Apatah lagi mahu mengkritik, mengutuk atau membantah serangan tersebut.
Ini realiti umat Islam di seluruh dunia ketika ini. Di mana-mana sahaja, tidak penyatuan dan kesamaan.
Selain Iran yang dibantai, hal yang sama berlaku antara Pakistan dan Afghanistan. Dua negara Islam yang berjiran berperang hanya sebab yang remeh. Sudah tentu peperangan itu akan membuka pintu kepada musuh Islam untuk menghasut bagi memastikan Islam di seluruh dunia kekal lemah.
Perpecahan dalam dunia Islam ini adalah pola yang berulang. Hakikat ini dapat dilihat dalam banyak peristiwa sejarah. Kejatuhan kota Baghdad pada tahun 1258 misalnya berlaku ketika dunia Islam berada dalam keadaan berpecah-belah.
Perkara yang sama juga dapat diperhatikan dalam konflik moden di Asia Barat yang seolah-olah tiada penghujung. Umat Islam berpecah kepada pelbagai kumpulan politik, ideologi dan mazhab sehingga melemahkan kekuatan kolektif mereka.
Keadaan ini memberi ruang kepada kuasa luar untuk campur tangan. Dalam konflik di Syria, misalnya, perpecahan antara pelbagai kumpulan bersenjata menjadikan peperangan berpanjangan dan rakyat awam menjadi mangsa utama.
Begitu juga konflik di Palestine yang bertahun-tahun lamanya tidak menunjukkan penyelesaian menyeluruh kerana dunia Islam sendiri gagal mencapai kesepakatan strategi dan tindakan.
Sama juga dengan di negara kita. Politik Melayu Islam lemah kerana tidak bersatu. Perbezaan yang sedikit sering dijadikan sebab untuk bermusuhan. Perbezaan pandangan politik atau mazhab sepatutnya menjadi ruang perbincangan ilmiah, bukannya medan pertelingkahan yang melemahkan umat. Apabila umat Islam sibuk bertelagah sesama sendiri, mereka sebenarnya membuka ruang kepada pihak luar untuk memanfaatkan perpecahan tersebut.
Kesatuan tidak bermaksud semua pihak perlu berfikir secara seragam. Sebaliknya, ia bermaksud keupayaan untuk mencari titik persamaan dalam perkara yang lebih besar, seperti mempertahankan keamanan, keadilan dan maruah umat. Tanpa kesatuan itu, sejarah menunjukkan umat Islam akan terus berada dalam keadaan rapuh.
Akhirnya, pengajaran paling besar daripada sejarah ialah musuh sering menang bukan kerana mereka terlalu kuat, tetapi kerana umat Islam terlalu berpecah. Selagi kesatuan tidak menjadi keutamaan, selagi itulah umat Islam berisiko menjadi mangsa dalam percaturan kuasa dunia. – UTUSAN
Aznan Bakar adalah Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Islam disembelih kerana umat tidak bersatu

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved