PETALING JAYA: Berbaki seminggu Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung minggu Sabah khususnya Kota Kinabalu sibuk dengan kehadiran para pemimpin politik termasuk dari Pusat yang tiba untuk memuktamadkan nama bertanding. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dijangka tiba ke Kota Kinabalu lewat petang ini dan beliau dijadual mengadakan perbincangan bersama kepimpinan PKR esok. Beliau juga esok akan mengumumkan calon-calon PKR PRN…










