Kos sara hidup, subsidi bersasar dan bekalan air bersih, antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Kos sara hidup, subsidi bersasar dan bekalan air bersih, antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini dijangka memberi tumpuan kepada isu kos sara hidup, pelaksanaan subsidi bersasar serta usaha menjamin bekalan air bersih di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Ahli Parlimen Kapar, Dr. Halimah Ali, meminta Menteri Kewangan menjelaskan sama ada kerajaan bercadang mengawal perbelanjaan tidak produktif termasuk projek mega yang membebankan rakyat serta menilai semula keberkesanan subsidi yang tidak sampai kepada golongan sasaran.

Isu pelaksanaan subsidi bersasar turut dibangkitkan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad, yang meminta Menteri Ekonomi menjelaskan keberkesanan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebelum dilaksanakan secara meluas bagi memastikan tiada keciciran dalam kalangan B40 dan M40.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin, menyoal Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mengenai mekanisme koordinasi rentas agensi bagi memastikan bekalan air bersih tidak terjejas semasa banjir dan bencana alam, termasuk keupayaan jentera logistik di kawasan pedalaman.

Selesai sesi soal jawab, Dewan dijangka menyambung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 yang dibentangkan Menteri Kewangan, melibatkan peruntukan sebanyak RM83 bilion daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi perbelanjaan pembangunan negara tahun depan.

Perbahasan Belanjawan dijadual berlangsung sehingga 3 Disember ini, sebelum digulung oleh kementerian berkaitan pada minggu terakhir sidang penggal ini.

Tiga rang undang-undang turut disenaraikan untuk bacaan kali kedua iaitu Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025, Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar 2025, dan Rang Undang-undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN