KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini dijangka memberi tumpuan kepada isu kos sara hidup, pelaksanaan subsidi bersasar serta usaha menjamin bekalan air bersih di kawasan luar bandar dan pedalaman. Ahli Parlimen Kapar, Dr. Halimah Ali, meminta Menteri Kewangan menjelaskan sama ada kerajaan bercadang mengawal perbelanjaan tidak produktif termasuk projek mega yang membebankan rakyat serta menilai semula keberkesanan subsidi yang tidak sampai kepada golongan sasaran. Isu pelaksanaan subsidi bersasar turut…










