GEORGE TOWN : Ketua Menteri, Chow Kon Yeow hari ini mengetuai satu delegasi lawatan kerja ke Anhui dalam usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang inovasi teknologi, kerjasama industri, pertukaran ekonomi dan perdagangan serta kebudayaan antara Pulau Pinang dengan wilayah di timur China itu. Menurut Pejabat Ketua Menteri, lawatan kerja selama lima hari yang akan disertai oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Seri Law Choo Kiang serta beberapa pemimpin…










