TUARAN: Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan dan menghormati keputusan rakyat untuk memilih wakil rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Menurut beliau, keputusan rakyat adalah asas utama dalam pembentukan kerajaan negeri yang stabil dan berkesan. “Kita tunggu keputusan rakyat. Kita hormat keputusan rakyat, siapa yang mereka pilih,” katanya ketika ditemui selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan Serusup, di sini hari ini. Terdahulu, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) DUN Sulaman itu…










