KUALA LUMPUR: Tindakan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah dalam kes kehilangan Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh tidak sesekali menafikan hak keluarga mangsa. Sebaliknya ia mengikut prinsip keadilan sejagat bagi memastikan proses undang-undang disemak dan dijalankan sepenuhnya. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan Peguam Negara memfailkan rayuan tidak wajar dilihat sebagai usaha kerajaan mengelak tanggungjawab atau menafikan hak keluarga mangsa. Namun itu merupakan langkah selaras…










