SHAH ALAM: Seramai 2,784 mangsa banjir telah ditempatkan di 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah terjejas di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Langat, Petaling dan Klang. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan RM500 kepada 750 keluarga terjejas yang disahkan berdaftar di daerah terbabit. Katanya, daripada jumlah mangsa itu, 221 mangsa merupakan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)…










