KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi RM1.1 juta kepada keluarga mendiang model Belanda, Ivana Esther Robert Smit. Hakim Roz Mawar Rozain selepas menolak permohonan itu, memerintahkan kerajaan memasukkan jumlah berkenaan bersama faedah terkumpul ke dalam sebuah akaun amanah selewat-lewatnya hari ini. Mahkamah turut memerintahkan kerajaan membayar kos RM8,000 kepada keluarga mangsa. Dalam kenyataan hari ini, peguam keluarga mendiang Ivana, Datuk…










