KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik komitmen ditunjukkan Kemboja dan Thailand yang terus memilih kaedah dialog serta usaha diplomatik bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di kawasan sempadan kedua-dua negara dapat dikekalkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesediaan kedua-dua negara itu meneruskan rundingan damai menggambarkan iltizam jelas dalam mengekalkan kestabilan serantau, sekali gus mengelakkan sebarang ketegangan yang boleh menjejaskan hubungan dua hala. Menurutnya, Malaysia turut menghargai peranan proaktif Presiden…










