Kembalikan peperiksaan UPSR, PT3

Kembalikan peperiksaan UPSR, PT3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KONGRES Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) mengambil maklum isu yang dibangkitkan berhubung cadangan untuk mengembalikan UPSR dan PT3 seperti yang dilaporkan dalam media tempatan baru-baru ini.

KONGRES menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad, yang menegaskan bahawa sistem pendidikan negara perlu kekal berteraskan pembangunan murid secara holistik dan tidak kembali kepada model lama yang terlalu berorientasikan peperiksaan.

Seperti yang disentuh dalam laporan media, pendidikan yang hanya memberi fokus kepada hafalan dan keputusan peperiksaan semata-mata.

Sehubungan itu, KONGRES menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan memperkukuh pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) termasuk Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).

Sistem ini lebih menekankan perkembangan menyeluruh murid merangkumi aspek akademik, sahsiah, emosi dan sosial, selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta prinsip pendidikan global seperti Deklarasi Incheon oleh (UNESCO).

KONGRES berpandangan bahawa pentaksiran holistik itu perlu terus diperkasakan melalui peningkatan kefahaman dan sokongan dalam kalangan guru, murid serta ibu bapa. Pelaksanaan yang mantap akan membantu murid memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran sebenar dan bukan semata-mata mengejar gred peperiksaan.

Namun begitu, KONGRES turut melahirkan kebimbangan terhadap fenomena segelintir murid yang dilihat hilang fokus dalam pembelajaran, kemungkinan akibat kurang pendedahan terhadap proses dan matlamat PBS, PBD dan UASA.

Oleh itu, KONGRES mencadangkan agar strategi komunikasi dan bimbingan yang lebih menyeluruh dilaksanakan bagi memastikan murid memahami kelebihan sistem pentaksiran ini dan peranan mereka dalam mencapai kejayaan.

Sebagai kesatuan guru, KONGRES bersedia menjadi rakan strategik kepada Kementerian Pendidikan dalam memperkukuh kefahaman serta pelaksanaan PBS, PBD dan UASA.
KONGRES yakin bahawa meneruskan sistem pentaksiran holistik adalah langkah terbaik untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Mohamad Zapawi Mamat ialah Presiden, Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) merangkap 

Merangkap Presiden, Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN